Di satu pagi yang hening.....
ketika burung-burung berkicauan di pepohonan ,
ketika ikan-ikan berkejaran di tasik yang biru
ketika bangunan di kem ini masih
diterangi cahaya lampu
Guru-guru petugas yang
menginap di chalet ini .....
serta pelajar puteri yang
bermalam di khemah ini...
juga pelajar putera dari khemah ini
berkumpul untuk melakukan aktiviti pagi
dengan penuh semangat dan tekad
Tiba-tiba kelihatan van pembawa sarapan pagi
ini tidak berupaya bergerak ke destinasinya
Maka pelajar putera dan guru petugaspun
membantu menolaknya beramai-ramai
Aktiviti senaman pagi diteruskan selepas van
pembawa sarapan pagi tiba di destinasinya.
Itulah insiden awal pagi pada hari ketiga Kem Kokurikulum .Semangat gotong-royong menjadikan masalah teknikal ini diatasi dalam masa yang singkat . Benar kata pepatah , bersatu kita teguh , bercerai kita roboh .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan