Rabu, 7 Disember 2011

DISEMBER 2011

Saya ucapkan selamat bercuti kepada pelajar tingkatan 6 Rendah 2011. Sudah lebih dua minggu anda bebas dari program persekolahan. Pelajar tingkatan 6 Atas pula masih bergelut dengan peperiksaan STPM. Didoakan mereka terus berusaha hingga hari terakhir. Saya mengawas STPM calon aliran Sains di sekolah lain.

Saya ingin berpesan agar anda membuat perkara berfaedah dalam cuti ini. Libatkanlah  diri dalam aktiviti kebajikan bersama keluarga dan masyarakat. Fikirkan juga tentang pelajaran dan arah tujunya. Kalau mahu jadi saintis, berfikirlah dan bertindaklah sebagai saintis. Kalau mahu jadi doktor, lakukanlah aktiviti yang memberi informasi dalam kehidupan seorang doktor. Gunakan masa ini untuk menjengah kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan cita-cita tersebut samada buku rujukan, latihan atau motivasi. 

Jika ada sebarang pameran, pastikan anda melihat pameran itu. Contohnya  ialah LIMA 2011 dari 6 - 10 Disember di Langkawi .Bagi pelajar Fizik pameran ini baik dihadiri kerana memberi pendedahan bagaimana operasi penerbangan dilakukan dan lihatlah struktur pesawat udara dan kapal laut  dari dekat. Anda juga berpeluang membawa balik pamplat berkaitan.

Tentu ramai yang melayari internet waktu ini. Bataskan masa dan halaman yang dilawati. Pastikan ia memberi faedah kepada diri anda. Elakkan membazir waktu bercating di halaman-halaman sosial . Kalau minat menulis, binalah blog sendiri dan jadikan ia medan menulis bahan berfaedah dari bacaan yang positif.Kalau  mahu menulis sebagai hiburan, pastikan ia ada mesej yang jelas untuk dicapai. Elakkan menulis bahan hiburan yang kosong hanya untuk popular.

Cuti ini paling baik untuk memuhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Dia Yang Maha Esa. Analisis ciri negatif untuk dihindarkan dan bina ciri positif sebagai muslim yang kukuh peribadinya dan dapat memimpin diri sendiri dan orang lain. Apa yang perlu difahami setiap orang muslim adalah khalifah di bumi Allah ini. Banyakkan berdoa untuk kebaikan kerana Dia Maha Pemurah dan mintalah keampunan kerana Dia Maha Pengasih dan Pengampun.

Itu sahaja yang ingin saya tuliskan pada kali ini. Saya harap anda semua sentiasa diberkati Allah dan berada dalam limpah dan rahmatNya. Amin...........

Isnin, 21 November 2011

PROGRAM DI PENGHUJUNG TAHUN

Dalam kesibokan  melaksana tanggungjawab masing-masing, pelajar Pra-U juga terlibat dalam aktiviti program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Di antara aktiviti yang dapat saya rakam adalah seperti berikut:

 Bulan Bahasa Kebangsaan
.....Program Membaca 1 Malaysia.
 .....melibatkan  pelajar Tingkatan 6 Rendah....
 .....membaca beramai-ramai selama sejam....
 Bahan bacaan disediakan
 Karnival Kokurikulum 6 Rendah, 
12 November (Sabtu)
 Jamuan 6Atas di Dewan Hamdan
Selasa, 15 November 2011

Ahad, 11 September 2011

.....YANG LURUS , YANG BENGKOK.........

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan percubaan STPM 2011 kepada pelajar-pelajar 6 Atas.  Didoakan semoga anda semua akan terus berusaha dan berjaya. Jangan sekali-kali putus asa jika ada yang tidak kena pada jawapan yang telah selesai. Bertawakkal dan berdoalah semoga Allah permudahkan anda menghadapi kertas-kertas berikutnya.

Sejauh ini tentu anda bersetuju dengan saya bahawa peperiksaan  bukanlah sekadar menguji  intelek kita berdasarkan jawapan di atas kertas peperiksaan. Ia meliputi segalanya dalam kehidupan sebagaii seorang pelajar. Di sinilah kita boleh mengesan dan merasa samada diri kita ini seorang  manusia yang lurus atau seorang yang bengkok dalam  melaksana tanggungjawab yang digalas.

Kalau kita sentiasa mengamalkan perkara=perkara  yang lurus, kita boleh mengesan sesuatu yang bengkok  untuk dijauhi bagi mengekalkan kelurusannya. Kita akan  tenang kerana  merasa diri mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dan merasa mudah melaksana apa yang dirancang dan dihajati. Sebaliknya kalau diri selalu bengkok, segalanya menjadi susah kerana bukan semua orang lain boleh faham perkara bengkok yang pelbagai jenis dan kategori.

Melaksana perkara lurus mengambil masa dan trek yang panjang. Lantaran  itu ia memerlukan kesabaran , ketabahan , kecekalan yang total kerana perlu  mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran yang diperlukan samada ilmu agama atau ilmu dunia , samada secara tersirat atau tersurat. Ini tidak merugikan kerana kefahaman yang  tinggi  itu boleh membantu kita mencipta ringkasan berguna secara bestari yang boleh juga dimanfaatkan oleh orang lain sebagai jariah kita.

Apakah pula faedah bagi yang bengkok?  Hanya pelaksananya boleh memberi huraian. Namun begitu ia menjadi perkara sukar di kemudian hari kerana liku-liku yang terjadi boleh menjauhkan diri daripada kebenaran, dan jauh sekali mencipta jariah kepada yang lain, sebaliknya hanya untuk melepas tengkuk sendiri dalam masa yang pendek.

Saya berharap anak didik semua berfikirlah secara lurus supaya kita boleh mengesan perkara-perkara  yang bengkok apabila dipertanggungjawabkan dalam menyelesai masalah. Pendek atau ringkas sesuatu perkara tidaklah  setara dengan perkara yang bengkok . Malangnya ..........perkara  bengkok selalu menjadi lebih popular sekelip masa namun perjalanan kita bukan untuk masa yang singkat . Itulah cabarannya.........

Isnin, 18 Julai 2011

PUTERI ISLAM........BERSAMA MENGGALAS TUGAS

Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Padang SMK Clifford Kuala Kangsar
Aktiviti : Sukan 2011 kali ke 83
 

 
 
  

Rabu, 1 Jun 2011

ORIENTASI 6 RENDAH 2011

-ACARA PADANG
Mereka menjalani orientasi bersama pelajar 6 Atas sebaik sahaja Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 selesai.Acara padang diadakan pada waktu pagi dan selepas itu di dewan pula. Berikut adalah acara padang yang sempat saya rakamkan.
Penyokong 6 Rendah
Penyokong 6 Atas
Perlawanan bola jaring dimulakan......
antara 6 Rendah - 6 Atas.....
Suasana padang pada pagi itu
Kejar-mengejar dan rebut merebut 
sebiji bola..........
......untuk dijaringkan di sini....
Peraturan permainan mesti dipatuhi.....
Penyokong pasukan masing-masing....
Bola sepak .....Pelajar lelaki 6 Atas berlatih 
di tepi padang sementara 
menunggu giliran permainan
Menunggu .....
Pelajar lelaki 6 Rendah di tepi padang.... 
..sabar, sporting....
......sehingga semuanya selesai .

Rabu, 25 Mei 2011

KOLOKIUM FIZIK / BIOLOGI

KELAS 7 SAINS 2011
SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR PERAK
Tempat : Makmal Biologi
Masa : 1.20 - 2.40 petang
Tarikh : Selasa , 24 Mei 2011
Kumpulan Fizik......
persediaan di Makmal Fizik
Pembentangan Kumpulan 1 Biologi
.....tentang GMO
Kumpulan 1 Fizik.....pembentangan mengenai 
KEMAHIRAN SAINTIS DALAM 
MEMBINA NEGARA
Penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya
.....pelajar dibenarkan membaca pada power 
point masing-masing
Kumpulan 2 Biologi..... mengenai 
CARDIOVASCULAR

Penilaian......oleh guru Biologi Tingkatan 
6 dan guru Fizik Tingkatan 6
Kumpulan 3 Biologi......tentang BRAIN
Kumpulan 2 Fizik.....HYDROELECTRIC
Contoh ....... Empangan Bakun
Berakhirnya pembentangan ini 
maka selesai sudah RDK 
Kelas 7 Sains 2011
Penilaian  guru dalam pembentangan ini meliputi penyampaian , bahasa gerak-geri , penggunaan peralatan (gambar , bunyi), keyakinan dan penerapan nilai insaniah terhadap pesertanya. Dari komen yang telah diberikan oleh guru , pelajar diharapkan memperbaikinya untuk diaplikasi apabila berada di IPT kelak.

Sabtu, 14 Mei 2011

ORIENTASI TINGKATAN 6 RENDAH

MULA-MULA MALU-MALU............
Pelajar lelaki dan perempuan diam dan malu-malu semasa mendaftar.
Duduknya jauh-jauh . Lelaki di belah sana....
.....perempuan di belah sini....
Hari berikutnya dah mula senyum, 
bertegur sapa, duduk dalam kumpulan....
Hari kelima, bersama melaksana 
aktiviti "futuristic machine"......
 
......dibantu oleh fasilitator 
dari MSU dan Kolej PTPL
......merupakan lakonan bisu 
proses yang dibuat oleh mesin
....menerima input, melaksana 
proses dalam satu arah...
....untuk menghasilkan output yang berkualiti...
Analoginya .... dalam satu organisasi, 
anggotanya perlu bersepakat melaksana
fungsi yang diamanahkan.....
tanpa mengira latarbelakang.....
demi menghasilkan modal insan yang 
relevan dengan kepeluan semasa
Dalam aktiviti ini kumpulan lain cuba 
meneka nama atau fungsi mesin yang 
dilakonkan oleh kumpulan lain
Berbagai aksi lakonan bisu ini
Pelakon dibenarkan senyum 
atau ketawa tapi tanpa suara
Cuba teka ini mesin apa?