Jumaat, 25 Februari 2011

LATIHAN MERENTAS DESA 1

PETUGAS  DI LOKASI PERMULAAN / PENAMAT
Tarikh : 23 Februari 2010 (Rabu)
Tempat : Padang DO Bukit Chandan , Kuala Kangsar
Masa : 3.00 - 5.00 petang

Jualan rojak buah oleh 
Persatuan Tingkatan 6 (PERTINA)
Pertolongan Cemas oleh 
ahli Persatuan Bulan Sabit Merah
Penyediaan minuman  untuk pelajar 
oleh ahli rumah sukan masing-masing
Berihat sementara menunggu ketibaan
pelajar dari trek merentas desa

Rabu, 16 Februari 2011

PERHIMPUNAN KOKUR

Hari Rabu , 16 Februari 2001
jam 7.20 pagi di Dataran Clifford 
SMK Clifford Kuala Kangsar

Bilangan pelajar lelaki memakai   uniform 
masing-masing telah bertambah
 .....tetapi masih ada ruang yang perlu diperbaiki
dari segi kekemasan , kesempurnaan.....
Pelajar perempuan yang lebih ramai bilangannya 
telah mencapai 100 % beruniform lengkap 
 "Petang ini aktiviti persatuan akan dijalankan 
di lokasi-lokasinya....," kata PK Kokur
"Semua mesti hadir , faham tak ?'
"Tuan !" (hentak kaki )
 Ke kanan pusing......

Setiap hari Rabu , masa P&P "tercicir"  di antara 10 hingga 20 minit  bagi perhimpunan ini . Kalau sebulan , berapa kecicirannya ? Jika setahun , berapa pula ? Sesungguhnya , masa itu emas .......

Sabtu, 12 Februari 2011

AMANAT

Jumaat , 11 Februari 2011 , jam 7.30 pagi , 
Dewan Hamdan , SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak .

"Saya nak ingatkan kamu semua supaya mencapai 
yang terbaik dalam semua bidang  di samping menjaga 
imej kamu sebagai pelajar paling seniour ....",
"Tiada alasan untuk berkata "tidak" kerana kamu 
semua mempunyai cukup sifat untuk berusaha...,"
"Jangan ponteng dalam sebarang program 
yang disediakan untuk memajukan diri kamu ....,"
"Tingkatkan pencapaian akademik . Saya mahu 
kamu mencapai A atau B sahaja  dalam semua 
subjek ," pesan pengetua mengakhiri amanatnya .

Diharapkan semua pelajar Pra-U memegang amanat ini demi kejayaan masa depan yang cemerlang . Tanpa disiplin diri , semangat dan usaha berterusan , kita tidak akan berjaya .

Khamis, 10 Februari 2011

MOTIVASI PRA-U

Minggu ini giliran pelajar Pra-U dimotivasikan oleh kaunselor . Pelajar dari keempat-empat kelas dihimpunkan di Dewan Hamdan selama dua hari bagi mengikuti program ini bertujuan meningkatkan motivasi untuk berjaya memasuki IPT . Namun begitu ramai juga  tidak hadir ke sekolah ketika ini , sekaligus mereka ponteng aktiviti ini . Saya sempat merakamnya  pada hari kedua di hujung waktu .
Inilah pelajar Pra-U yang hadir program hari ini
Salah satu aktivitinya ialah kuiz IPTA : 
dapat jawab soalan dibenarkan duduk
Isk isk isk .... bilalah nak habis sesi ni ?
Kaunselor yang sentiasa ceria dan bertenaga
"Dengar soalan ni baik-baik," kata kaunselor .
"Namakan IPTA yang terbaru ," tanya kaunselor .
Biarlah depa jawab dulu . 
Teman nak nengok ajerlah
Bilalah aku boleh jawab ni ?
Diharapkan program ini dapat membarakan semangat pelajar untuk tekun belajar dan bermotivasi menuju ke arah kecemerlangan . Semua mengharapkan mereka terus berjaya dan menjadi warga yang berguna .

Rabu, 2 Februari 2011

PERLAKSANAAN RDK

Perjumpaan 3  RDK
Selasa , 1 Februari 2011, jam 1.20 - 2.40 petang .
Visi  SMK Clifford 2011"No 1 dalam semua bidang"
- perlu dihayati oleh semua warganya
Perjumpaan 3  RDK
Mencari bahan di Pusat Akses Sekolah
Mereka cuba mencari bahan yang terbaik
Tajuk RDK mereka berdua ni  berkaitan  "Future Scientist" 
dan "Future Engineer"
Mencari dan terus mencari sehingga April 2011
Guru sentiasa bersama memberi bimbingan dan galakan

Untuk mencapai hasrat menjadi nombor 1 bukanlah perkara mudah . Ia memerlukan penghayatan yang bersepadu dari semua pihak , bermakna perlu bekerja keras setiap masa berlandaskan aspirasi negara . Walau apa-apapun ,  segalanya bukan  perkara mustahil untuk dicapai ......