Selasa, 19 April 2011

JADILAH SEORANG YANG "PERMUDAH"

Banyak manafaatnya  apabila menjadi seorang yang permudah orang lain. Di antaranya ialah hidup kita akan dipermudahkan oleh Allah dalam melaksanakan sesuatu perkara. Bila keadaan terdesak, kita selalu mengharap orang membantu kita, maka sewajarnya kita menjadi seorang yang permudah orang lain .

Sebaiknya elakkanlah diri daripada merasa dipergunakan apabila orang lain itu benar-benar mengharapkan bantuan kita. Luangkan waktu dan pemikiran sedaya mungkin bagi memberi bantuan atau sokongan. Kalau tidak terdesak, orang lain itu tidak akan meminta bantuan kita. 

Dalam kesusahan orang lain, Allah  menguji kita  samada kita dapat menjadi sahabat yang baik kepada orang lain itu. Tanpa sifat permudah ini diri kita sebenarnya seorang yang gagal. Bagaimanakah kita boleh berjaya melepasi ujian yang besar kalau ujian yang kecilpun kita gagal sempurnakan .  

Jumaat, 8 April 2011

HATI SEORANG GURU

Kalau bintang di awan biru itu boleh dicapai , dia akan capaikan buat kamu tanpa kamu pinta , agar duniamu kelak sentiasa terang-benderang , agar cahaya itu juga  akan  menyinari sebarang kegelapan mendatang ; itulah yang terkandung dalam hati seorang insan bergelar guru .

Dalam pencapaian itu , kamu tidak sepatutnya membiarkan dia terkapai-kapai sendirian mengejar impian sedangkan segala usaha dan tindakannya itu adalah demi masa depan diri kamu sendiri . Kamu perlu bersamanya berusaha menjadikan segala impian semua pihak akan tercapai terutama impian kamu sendiri .

Tahukah kamu betapa dia merasa  kecewa jika kamu  tidak cuba menghayati dan melaksanakan apa yang sepatutnya ? Dia dapat merasakan kegelapan masa depan yang bakal menanti apabila kamu gagal melaksanakan segala tindakan yang positif waktu ini .  

Jangan biarkan dia  kecewa atas kegagalan kamu kerana kamu adalah bakal  pemimpin masa depan  . Kalaupun kamu tidak mampu memberinya madu , janganlah pula kamu menghulurkan tuba kepadanya . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya .

Isnin, 4 April 2011

KENANGAN BERSAMA PUTERI.......

Inilah satu-satunya gambar kenangan yang saya dapat bersama dengan PK Tingkatan 6 , PK HEM , GKVT , Guru Penasihat PPIM dan PBSM , guru-guru Pra-U serta  ahli Puteri Islam di sepanjang Kem Kokurikulum ini . Saya paparkan di sini buat kenangan kita semua .

Sabtu, 2 April 2011

MALAM KENANGAN

KEM KOKURIKULUM
Aktiviti malam kedua : Penyediaan 
Resume dan Menghadiri Temuduga
Dibimbing oleh Kaunselor, Yang 
Mulia Cik Raja Nurfuziah
Sesi taklimat menggunakan tayangan LCD
Pelajar didedahkan butiran lazim menyedia 
resume dan soalan lazim dalam temuduga bagi
persediaan mental dan fizikal ke IPT dan alam kerjaya
Simulasi  temuduga dijalankan 
berdasarkan panduan diberi
Aktiviti pelajar diaromakan  
ayam panggang  barbeque
....disediakan oleh guru bertugas
 Simulasi temuduga 1 Malaysia 
.....semakin hangat
....semasa api panggangan  semakin marak
Guru petugas menjamah ayam bakar
Pelajar menikmati ayam panggang 
selepas tamat aktiviti
Satu ketul ayam dimakan berdua
bersama sos cili yang disediakan
Mereka ini pula selesa makan 
ayam panggang secara berdiri
Itulah di antara aktiviti malam 
terakhir di kem kokurikulum

KEM KOKURIKULUM

Pulang .....Marilah Pulang
Marilah Pulang bersama-sama.....
Wajah ceria sebelum melangkah keluar kem
Sebelum  berpisah ....
sama-sama menyanyi lagu Negaraku
dan "sayonara....sayonara , kita berjumpa lagi....
Buat apa susah , buat apa 
susah , susah itu tiada gunanya..."
Nasihat Kem Komandan sebelum pulang
".....akhir kata , saya mahu kamu semua  datang 
ke sekolah seperti biasa pada esok hari , Isnin ."
"Baik , cikgu ,"
Pelajar puteri keluar dahulu meredah ladang kelapa 
sawit . Bas telah menunggu di simpang jalan .
Ada yang masih hendak mengurus sesuatu
Diikuti pelajar putera mengiringi dari belakang
Selamat Tinggal Kem Salak Utara
Panjang umur kita jumpa lagi

PENGHUJUNG

KEM KOKURIKULUM
Gambar beramai guru 
petugas dengan ahli PBSM
Semua seronok telah berkhemah bersama
Aksi fasilitator-fasilitator  
kem menyusun penggambaran
Makan tengahari bersama sebelum pulang
Sedang asyik menikmati  nasi beriani  .....
Suasana ketika ini senyap saja
Mungkin keletihan + kelaparan 
+ mahu segera pulang
Semuanya tunduk ke arah 
makanan masing-masing
Selepas itu bersama kemaskan 
khemah dan masukkan ke dalam van
Kerjasama yang padu .....selesai 
dalam masa yang singkat

Jumaat, 1 April 2011

KEM KOKURIKULUM PELAJAR PRA-U

SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR
Tarikh : 25- 27 Mac 2011 
Tempat : Camp North Salak , Sungai Siput (U)
Aktiviti Hari Ketiga : CPR
Masa : jam 9.30 - 11.00 pagi
 Berlatarbelakangkan kehijauan Banjaran 
Kledang yang indah disinari suria pagi 
cuaca pagi ini sungguh terang sekali
 PK Tingkatan 6 , Puan Nasti Pura tiba 
awal untuk memantau aktiviti ini
 Pelajar ditaklimatkan tentang pentingnya 
memberi bantuan kecemasan pernafasan
 terutamanya mangsa sesak nafas 
berada di depan mata kita
 Ceramag CPR dan demonstasinya 
di sampaikan oleh jurulatih  PBSM 
Daerah Kuala Kangsar
...menunjukkan cara CPR yang betul 
menggunakan patung sebagai model
 Pelajar mendengar dan melihat dengan teliti
segala tunjuk ajar dan teknik CPR
 Mula-mula rasakan pernafasan 
mangsa di hidungnya
 CPR adalah untuk menyedarkan mangsa 
yang mengalami masalah pernafasan ....
..... akibat kekurangan oksigen
 Tindakan awal dapat membantu mangsa
 pulih dari masalah kekurangan oksigen
Pelajar mencuba melakukan
teknik CPR yang diajar
 Sebaiknya lebih ramai pelajar mencubanya
 di depan jurulatih yang sedia membimbing