Sabtu, 14 Mei 2011

ORIENTASI TINGKATAN 6 RENDAH

MULA-MULA MALU-MALU............
Pelajar lelaki dan perempuan diam dan malu-malu semasa mendaftar.
Duduknya jauh-jauh . Lelaki di belah sana....
.....perempuan di belah sini....
Hari berikutnya dah mula senyum, 
bertegur sapa, duduk dalam kumpulan....
Hari kelima, bersama melaksana 
aktiviti "futuristic machine"......
 
......dibantu oleh fasilitator 
dari MSU dan Kolej PTPL
......merupakan lakonan bisu 
proses yang dibuat oleh mesin
....menerima input, melaksana 
proses dalam satu arah...
....untuk menghasilkan output yang berkualiti...
Analoginya .... dalam satu organisasi, 
anggotanya perlu bersepakat melaksana
fungsi yang diamanahkan.....
tanpa mengira latarbelakang.....
demi menghasilkan modal insan yang 
relevan dengan kepeluan semasa
Dalam aktiviti ini kumpulan lain cuba 
meneka nama atau fungsi mesin yang 
dilakonkan oleh kumpulan lain
Berbagai aksi lakonan bisu ini
Pelakon dibenarkan senyum 
atau ketawa tapi tanpa suara
Cuba teka ini mesin apa?

Selasa, 10 Mei 2011

MINGGU PEPERIKSAAN

Selamat menempuh Peperiksaan  Pertengahan Tahun kepada pelajar Tingkatan 6 Atas . Semoga anda semua akan berjaya di dalam peperiksaan ini.
Peperiksaan membantu 
menilai pencapaian diri sendiri
Post Mortem : Kelemahan yang ketara perlu 
diperbaiki dengan sikap yang lebih positif .

ORIENTASI TINGKATAN 6 RENDAH 2011

-ACARA PADANG
Sebaik sahaja Peperiksaan Pertengahan Tahun selesai, pelajar Tingkatan 6 Atas berpeluang bersama mereka menjalani orientasi di padang dan di dewan. Berikut adalah gambaran acara padang yang sempat saya rakamkan ketika bersama mereka.
Penyokong 6 Rendah
Penyokong 6 Atas
Perlawanan bola jaring  6 Rendah - 6 Atas
Di permulaan....mencukupkan ahli pasukan
Suasana padang pada pagi itu
Kejar-mengej



Isnin, 2 Mei 2011

PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 2011

Tahniah kerana ditawarkan tempat untuk melanjut pelajaran di Tingkatan 6 . Selamat datang ke SMK Clifford Kuala Kangsar dan diharapkan akan menjadi warga Clifford yang berbakti dan berjaya dengan cemerlang. Selamat menempuh minggu orientasi.
 Pendaftaran pada hari Isnin , 9 Mei 2011
Hari kedua , awal pagi dimulakan dengan doa
Orientasi meliputi taklimat 
pentadbiran dan pengurusan...
......akademik dan kokurikulum
Praktis lagu patriotik....
Lagu Clifford , Negeri Perak....
dan Perak Sentiasa 
Di Puncak Kecemerlangan
sedia membantu
Bermulanya alam Pra-U....
".....Tak sepatutnya mentaliti  seperti pelajar 
Tingkatan 1," pesan kaunselor .

Selasa, 19 April 2011

JADILAH SEORANG YANG "PERMUDAH"

Banyak manafaatnya  apabila menjadi seorang yang permudah orang lain. Di antaranya ialah hidup kita akan dipermudahkan oleh Allah dalam melaksanakan sesuatu perkara. Bila keadaan terdesak, kita selalu mengharap orang membantu kita, maka sewajarnya kita menjadi seorang yang permudah orang lain .

Sebaiknya elakkanlah diri daripada merasa dipergunakan apabila orang lain itu benar-benar mengharapkan bantuan kita. Luangkan waktu dan pemikiran sedaya mungkin bagi memberi bantuan atau sokongan. Kalau tidak terdesak, orang lain itu tidak akan meminta bantuan kita. 

Dalam kesusahan orang lain, Allah  menguji kita  samada kita dapat menjadi sahabat yang baik kepada orang lain itu. Tanpa sifat permudah ini diri kita sebenarnya seorang yang gagal. Bagaimanakah kita boleh berjaya melepasi ujian yang besar kalau ujian yang kecilpun kita gagal sempurnakan .  

Jumaat, 8 April 2011

HATI SEORANG GURU

Kalau bintang di awan biru itu boleh dicapai , dia akan capaikan buat kamu tanpa kamu pinta , agar duniamu kelak sentiasa terang-benderang , agar cahaya itu juga  akan  menyinari sebarang kegelapan mendatang ; itulah yang terkandung dalam hati seorang insan bergelar guru .

Dalam pencapaian itu , kamu tidak sepatutnya membiarkan dia terkapai-kapai sendirian mengejar impian sedangkan segala usaha dan tindakannya itu adalah demi masa depan diri kamu sendiri . Kamu perlu bersamanya berusaha menjadikan segala impian semua pihak akan tercapai terutama impian kamu sendiri .

Tahukah kamu betapa dia merasa  kecewa jika kamu  tidak cuba menghayati dan melaksanakan apa yang sepatutnya ? Dia dapat merasakan kegelapan masa depan yang bakal menanti apabila kamu gagal melaksanakan segala tindakan yang positif waktu ini .  

Jangan biarkan dia  kecewa atas kegagalan kamu kerana kamu adalah bakal  pemimpin masa depan  . Kalaupun kamu tidak mampu memberinya madu , janganlah pula kamu menghulurkan tuba kepadanya . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya .

Isnin, 4 April 2011

KENANGAN BERSAMA PUTERI.......

Inilah satu-satunya gambar kenangan yang saya dapat bersama dengan PK Tingkatan 6 , PK HEM , GKVT , Guru Penasihat PPIM dan PBSM , guru-guru Pra-U serta  ahli Puteri Islam di sepanjang Kem Kokurikulum ini . Saya paparkan di sini buat kenangan kita semua .