Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan percubaan STPM 2011 kepada pelajar-pelajar 6 Atas. Didoakan semoga anda semua akan terus berusaha dan berjaya. Jangan sekali-kali putus asa jika ada yang tidak kena pada jawapan yang telah selesai. Bertawakkal dan berdoalah semoga Allah permudahkan anda menghadapi kertas-kertas berikutnya.
Sejauh ini tentu anda bersetuju dengan saya bahawa peperiksaan bukanlah sekadar menguji intelek kita berdasarkan jawapan di atas kertas peperiksaan. Ia meliputi segalanya dalam kehidupan sebagaii seorang pelajar. Di sinilah kita boleh mengesan dan merasa samada diri kita ini seorang manusia yang lurus atau seorang yang bengkok dalam melaksana tanggungjawab yang digalas.
Kalau kita sentiasa mengamalkan perkara=perkara yang lurus, kita boleh mengesan sesuatu yang bengkok untuk dijauhi bagi mengekalkan kelurusannya. Kita akan tenang kerana merasa diri mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dan merasa mudah melaksana apa yang dirancang dan dihajati. Sebaliknya kalau diri selalu bengkok, segalanya menjadi susah kerana bukan semua orang lain boleh faham perkara bengkok yang pelbagai jenis dan kategori.
Melaksana perkara lurus mengambil masa dan trek yang panjang. Lantaran itu ia memerlukan kesabaran , ketabahan , kecekalan yang total kerana perlu mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran yang diperlukan samada ilmu agama atau ilmu dunia , samada secara tersirat atau tersurat. Ini tidak merugikan kerana kefahaman yang tinggi itu boleh membantu kita mencipta ringkasan berguna secara bestari yang boleh juga dimanfaatkan oleh orang lain sebagai jariah kita.
Apakah pula faedah bagi yang bengkok? Hanya pelaksananya boleh memberi huraian. Namun begitu ia menjadi perkara sukar di kemudian hari kerana liku-liku yang terjadi boleh menjauhkan diri daripada kebenaran, dan jauh sekali mencipta jariah kepada yang lain, sebaliknya hanya untuk melepas tengkuk sendiri dalam masa yang pendek.
Saya berharap anak didik semua berfikirlah secara lurus supaya kita boleh mengesan perkara-perkara yang bengkok apabila dipertanggungjawabkan dalam menyelesai masalah. Pendek atau ringkas sesuatu perkara tidaklah setara dengan perkara yang bengkok . Malangnya ..........perkara bengkok selalu menjadi lebih popular sekelip masa namun perjalanan kita bukan untuk masa yang singkat . Itulah cabarannya.........