Jumaat, 8 April 2011

HATI SEORANG GURU

Kalau bintang di awan biru itu boleh dicapai , dia akan capaikan buat kamu tanpa kamu pinta , agar duniamu kelak sentiasa terang-benderang , agar cahaya itu juga  akan  menyinari sebarang kegelapan mendatang ; itulah yang terkandung dalam hati seorang insan bergelar guru .

Dalam pencapaian itu , kamu tidak sepatutnya membiarkan dia terkapai-kapai sendirian mengejar impian sedangkan segala usaha dan tindakannya itu adalah demi masa depan diri kamu sendiri . Kamu perlu bersamanya berusaha menjadikan segala impian semua pihak akan tercapai terutama impian kamu sendiri .

Tahukah kamu betapa dia merasa  kecewa jika kamu  tidak cuba menghayati dan melaksanakan apa yang sepatutnya ? Dia dapat merasakan kegelapan masa depan yang bakal menanti apabila kamu gagal melaksanakan segala tindakan yang positif waktu ini .  

Jangan biarkan dia  kecewa atas kegagalan kamu kerana kamu adalah bakal  pemimpin masa depan  . Kalaupun kamu tidak mampu memberinya madu , janganlah pula kamu menghulurkan tuba kepadanya . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan