Khamis, 10 Februari 2011

MOTIVASI PRA-U

Minggu ini giliran pelajar Pra-U dimotivasikan oleh kaunselor . Pelajar dari keempat-empat kelas dihimpunkan di Dewan Hamdan selama dua hari bagi mengikuti program ini bertujuan meningkatkan motivasi untuk berjaya memasuki IPT . Namun begitu ramai juga  tidak hadir ke sekolah ketika ini , sekaligus mereka ponteng aktiviti ini . Saya sempat merakamnya  pada hari kedua di hujung waktu .
Inilah pelajar Pra-U yang hadir program hari ini
Salah satu aktivitinya ialah kuiz IPTA : 
dapat jawab soalan dibenarkan duduk
Isk isk isk .... bilalah nak habis sesi ni ?
Kaunselor yang sentiasa ceria dan bertenaga
"Dengar soalan ni baik-baik," kata kaunselor .
"Namakan IPTA yang terbaru ," tanya kaunselor .
Biarlah depa jawab dulu . 
Teman nak nengok ajerlah
Bilalah aku boleh jawab ni ?
Diharapkan program ini dapat membarakan semangat pelajar untuk tekun belajar dan bermotivasi menuju ke arah kecemerlangan . Semua mengharapkan mereka terus berjaya dan menjadi warga yang berguna .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan